//Disini Duniaku
AKHIRNYA MENUJU PUNCAK
Jumaat, Jun 18 | 5:13 PTG | 5comments
Assalamualaikum...
hari ini telah tiba. keputusan UPU telah pun di umumkan..dan aku?? alhamdulillah aku berjaya juga ditempatkan di salah sebuah universiti di semenanjung Malaysia, walaupun course yang aku dapat bukanlah pilihan aku, aku terima sahaja tawaran ni.tahniah juga buat kawan2 ku terutama cik zqa , safra , ting ting, josialyn & sesiapa sahaja yg berjaya melangkah ke alam siswa selepas 2tahun berjuang. setakat ni mereka sahaja yang aku tahu dah dapat.


sebenarnya aku tak percaya juga aku dapat berada di universiti tersebut. kalau nak di ingatkan kembali detik2 temu duga hari tu memang "hanco" aku rasa. tapi alhamdulillah ALLAH masih beri rezeki pada aku.

tepat jam 12.00 aku semak keputusan di upu.mohe.gov.my agak susah gak nak masuk. dengan perasaan kecewa aku try la guna sms. tggu gak dalam bape minit akhirnya "tet tett tet tett" uish gementar... buka jer mesej,

"RM0.20 UPU:90102601****
Tahniah! Anda berjaya ditawarkan program AT20 di UPSI.
Layari laman web IPTA berkaitan untuk surat tawaran."

Dalam keadaan tidak percaya cepat2 aku online laman web upu semula.bila disemak2 sampai berapa kali, ALHAMDULILLAH betul la apa yang aku baca.

kali pertama semak...

kali kedua semak..

zappp.. terus aku call my mum hehehe.. cite2 la kat mak aku & beritahu dia aku tak dapat course yang aku minta tetapi dapat course TEKNOLOGI MAKLUMAT. then mak aku pun cakap, "tuh pakcik ngan along kan amik teknologi maklumat,tanya diaorang nanti "... kalau pakcik aku pernah amik course tuh alhamdulillah sebab dia pun cikgu hehehe.. tetiba fikiran aku berkecamuk lagi.. betul ke aku dapat neyh???? dgn perasaan tak berapa pasti aku chek lagi kat laman web UPSI pula. jeng..jeng..jeng ini jawapannya...

"NURUL FARHANA BINTI KAMARUDIN
Tahniah dan syabas kerana permohonan saudara/i untuk kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi program pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) adalah berjaya.


Saudara/i ditawarkan untuk mengikuti program pengajian Pendidikan Teknologi Maklumat.

Butiran lengkap mengenai tarikh, masa dan tempat melapor diri adalah seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran kemasukan.

Selamat menjadi warga UPSI dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi.

Surat Tawaran boleh dicapai mulai 19 Jun 2010 (Sabtu) jam 12 tengah hari. Harap maklum."
 
erm... betullah bukan mimpi lagi hehehe..alamk fikiran berkecamuk lagi.. aper sebenarnya course pendidikan teknologi maklumat ni ek.. aku search lagi kat UPSI..
 
SARJANA MUDA PENDIDIKAN (TEKNOLOGI MAKLUMAT)Nama Kursus: Pendidikan Teknologi Maklumat



Kod: AT20
Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang bersahsiah, pengetahuan dan berkemahiran profesional dalam bidang Teknologi Maklumat selaras dengan keperluan pasaran dunia masa kini. Program ini meningkatkan kemampuan bakal graduan dalam aktiviti penyelidikan dan penerbitan dalam pelbagai disiplin ilmu ICT. Selain mampu mengajar dan mengurus mata pelajaran teknologi maklumat yang ditawarkan di sekolah, graduan turut mampu membina perisian ICT untuk perancangan pengajaran dan pembelajaran atau latihan sama ada di peringkat menengah atas, diploma dan pra-universiti. Graduan dilatih untuk mengurus maklumat dengan cekap dan memberi respon yang tepat dan pantas terhadap isu-isu semasa global.
8 semester

ohh.. baru paham (sebenarnya masih tak paham lagi) whatever la..
UPSI...Tanjung Malim,Perak...boleh ka aku???
serahkan je lah pada takdir..
you'll never walk alone ~(*-^)~
 
.::> baru pas bertanya khabar ngan en.saufi...alhamdulillah dy pun dapat..kat utem course Ijazah Sarjana Muda Teknousahawan 1-BTEC.. tahniah cik epy ;D


Older Post | Newer Post