ANDA FIKIR SAYA NI ....
Rabu, Jun 23 | 9:05 PG | 0comments
assalamualaikum
Nak cerita benda ni pun aku nak tergelak sebenarnya. Kenapa mereka merasakan yang aku ni……… Tak tahu la aku nak cakap macam mana. Anda semua fikir saya ni layakkah???
~(*-^)~
Di pejabat mak aku, ader seorang pelatih . masa aku lepak kat pejabat mak aku, mak aku pun Tanya pelatih terseut tahun kelahiran dia. Budak perempuan tu memberitahu bahawa dia lahir pada tahun 1990. Ibu aku pun beritahu lah bahawa dia tuh lahir sama tahun dengan aku. Dengan terkejutnya, kak Faizah (rakan sepejabat) bertanya “ana lahir tahun 1990?? Sama baye dengan dia (budak pelatih tu)??” mak aku mengiyakan pertanyaan tersebut. Kak Faizah tak percaya dengan jawapan tersebut. Dia cakap muka aku macam budak-budak. Tak macam 20 tahun… zappppp.. aku pun tersenyum, tapi bukan kerana dia cakap muka aku macam budak-budak,tapi kerana aku sendiri tak percaya orang tengok aku macam budak-budak. Perkara ini di biarkan begitu sahaja.
Dalam kereta..

Kat kedai LG Labis..
Mak aku pergi cari barang. Aku kan tak malu ikut2 mak aku haha. Jadi bila cari barang tu ada la borak2 dengan pelayan dia (ada sekali sepupu sepapat aku kerja situ) borak punya borak, dia Tanya mak aku umur aku berapa. Aku jawab dengan nada perlahan “20”. Rupanya dia dengar aku jawab ,”12” hahaha bila dia ulang balik number tu aku cakap la lagi sekali bahawa umur aku 20 thun. Kemudian dia tak percaya lagi. Aku nak aja tunjuk kad pengenalan pada dia. Dia cakap muka aku macam budak sekolah menengah. Tuh dia ingat aku baru 13 @ 14 tahun. Haaaaa? Aku pula yang tak percaya. Kenapa orang ingat aku macam budak2 ek? Betul ke aku ni tak macam orang dewasa lagi? Muka aku muka budak2? Mane aderrrrrrrrrr! Pandai2 jer korang ni.
p/s: geng , korang tengok aku ni plak macam maner???? T_T
apakah pandangan korang??? Huhuhu macam mana nak jadi muka dewasa??? Hhahaha
tolong saya bantu saya
saya tak nak jadi budak- budak… heeee
~(*-^)~ you never walk alone…