K.E.M.B.A.R.A.M.A.H.K.O.T.A.J.O.H.O.R
Isnin, Jun 28 | 10:06 PG | 0comments
Assalamualaikum..minggu yang memenatkan dan mengusutkan fikiran.. tapi aku malas nak cerita pasal tu..semalam 27hb jun 2010,hari yang menyeronokkan (pada aku). Tujuan aku pergi ke Segamat sebenarnya bukanlah untuk meninjau leadaan di Dataran Segamat.Sebenarnya beradanya aku di Segamat adalah untuk membeli barang keperluan aku untuk mendaftar di UPSI pada 4hb Julai nanti.Tapi ini lah yang dikatakan rezeki. Kalau nak diikutkan,aku blh saja turun ke Kampung Paya Merah jika mahu berjumpa dengan DYMM Sultan Johor..kerana lebih berdekatan dengan tempat tinggalku.Disebabkan ibu dan ayahku bertugas di gerai masing2 (ibu -gerai Jabatan Pertanian manakala Ayah- Gerai JASRA) jadi kami di wajibkan ke Dataran Segamat untuk menunggu ibu ku sebelum pergi mencari barang2 keperluan aku.
seawal jam 2.ooptg aku telah dihantar oleh kakakku ke Dataran Segamat. Kami berjalan2 meninjau gerai2 yang ada di situ. Setelah selesai semua gerai kami lewati,kami lepak di gerai Jabatn Pertanian (tempat ibuku) .
Ibu tgh sibuk menyiapkan sesuatu
untuk DYMM Sultan Johor
ketibaan DYMM Sultan Johor
Ketibaan DYMM Sultan disambut dengan penuh meriah. Ramai orang yang menunggu untuk bersalaman dengan baginda. Disebabkan aku dah 'ter' berada di situ tidak salah bagiku untuk aku turut serta dalam acara tersebut hehehe. di sebabkan gerai Jabatan Pertanian adalah gerai pertama yang akan di lawati oleh Baginda, aku pun menunggu sahaja di situ. Tapi yang amatlah menjengkelkan aku apabila orang ramai yang hadir di situ selapas aku barada di situ telah menghalang pandangan aku. Aku yang telah pun 'cop' tempat di hadapan sekali terus di asak oleh orang lain hingga aku berada ke belakang sedikit. Wah amat mengecewakan sungguh. Tetapi kalau dah di namakan rezeki inilah rezeki hahaha.. Walaupun diasak oleh orang di hadapan aku tetap dapat mengambil Gambar DYMM Sultan Johor & Tengku Mahkota Johor walaupun tidaklah secara dekat. masa tengah sibuk2 mengambil gambar baginda tiba2 sahaja baginda dah berada di hadapan aku dan menghulur tangan baginda. Aku yang 'terkejut beruk' apa lagi salam la dengan baginda hehehe. Tersenyum memanjang aku.. REZEKI...sebelum ni mana pernah jumpa sedekat itu. agaknya baginda tahu tak aku nak 'blah' dari Johor ni (wakaka xmasal). Aku ingat nak lari kat gerai ayah aku pulak tetapi jalan dah di penuhi orang yang 'mengekor' kemana sahaja baginda pergi. Jadi aku lepak jer lah kat gerai ibu aku. Rupanya ayah aku lagi 'best' dalam salam bertentang muka betul wahaha cuma tak dapat ambil gambar bersama (jeles).
ini adalah sedikit gambar yang dapat aku kongsikan. Gambar yang dapat aku amabil setelah diasak oleh orang ramai huhu..
Tengku Mahkota Johor
selepas aku bersalaman dengan baginda
(paling dekat la dapat ambil)
Baginda bersalaman dengan rakyat jelata
lembutnya tangan baginda ~(*-^)~
motif .::> sudu kat pinggan tuh la yg digunakan
oleh baginda untuk merasa dodol yang sedia ada ;D
sekian sahaja daripada saya ~(*-^)~
u never walk alone
Label: sweet memory