//Disini Duniaku
MINGGU YANG KUSUT...
Selasa, Jun 22 | 10:12 PG | 0comments
Assalamualaikum..
agk lama juga aku tak update blog ney huhu agak sibuk la. dengan persediaan nak masuk universiti lagi, pengisian borang2 yg kurang di fahami oleh aku huhu ntahla labu...
banyak gak cerita nak berkongsi ni hehehe

19 jun 2010
Sehari bersama….




Hari sabtu aku seronok sangat.. sehari aku bersama orang2 yang aku sayang.. dari petang sampai malam.. kalau ada doremon aku nak hari semalam lambat berlalu..


Petang …


penat gak aku bersiar-siar.. sementara adeq aku izzah syafiqah ada kat sini, pergi la jumpa dia..nt dia da balik matriks aku plak dah mendaftar di UPSI tah bila lagi nak jumpa adeq aku sorang tuh… dengan nazrul naim aku tak dapat jumpa.. dia niaga la pulak.. kalau tak dah bertiga kami keluar hehehe..

Tak jauh pun bersiar-siar.. di sebabkan aku neyh tak pernah pergi lagi PUSAT REKREASI KOLAM AIR PANAS selepas di ubah suai..aku pun lepak la kat situ dengan izzah.. siap bergambar lagi.. mula malu2 juga la..cos ramai orang..tapi dah lama ha amek ko mengalahkan model kami ni haahaha…



Dalam perjalanan ke pekan  aku sorang-sorang bawa moto scot mosquito bapak aku tuh.. sepanjang perjalanan ke pekan macam2 kenangan kembali menusuk ke dalam ingatan.. mana tak nya.. aku pernah pergi felda tenang (sebelum sampai pekan) dengan cik zqa .. baru smpai felda moto scot dah pancit tayar atas sebab kami bawa moto laju2 hahaha padan muka kami… tak sempat nak meronda dah kena cari kedai tayar..amek ko.. dah ar tak de kedai tayar yang ader jual tayar scot kt situ.. menjajau kami kt felda tuh… sweet memory..

Tuh  aku takut gak, da lah sorang2 kalau bocor tayar mampus aku… tapi Alhamdulillah… selamat pergi dan balik….

Dalam perjalanan nak hantar izzah pulang, kami berselisih dengan farahani dan adreena.. dua2 adeq form 5 yang rapat semasa aku di hostel munshi. Aper lagi terus pusing balik motor jumpa ngan dyorang. Tp sekejap jela.. lepas aku hantar izzah, aku saing ngn mereka pulang ke Labis.








Malam..

Malam yang indah. Disebabkan  hari lahir Mohammad Faris Fakhri, kami sekeluarga pun pergilah dinner di segamat… tapi tak sempat pergi makan lagi , kawan ayah aku dah ajak pergi main bowling. Excited sungguh hahaha. Best juga lah ramai kawan ayah aku bersama family mereka kat pusat bowling tuh. Kalau nak di ikutkan ini pertama kali sebenarnya aku main bowling. Wahhhh kali pertama, kedua, ketiga tak nak masuk longkang plak kan hehehe (malu dowh) aku putus asa … lepas bape game bagi akak aku main ha aku pun ambil balik game yang terakhir. Saje2 nak lepas geram asyik masuk longkang jer. Dengan berbekalkan keazaman yang tinggi (cewah) aku pun baling bola bowling tuh.. dan tidak disangka2 hahahaha strike! Fuh hey hey hey aku tak percaya…. Terus mak aku gelakkan aku. Mana taknya aku mengomel sorang2 sebelum tuh yang akan masuk longkang lagi. Ha sekali , amik kau!! Tapi tuh pula game terakhir.. adussss nyesal plak tak main sebelum ni hahaha..

Lepas keluar dari pusat bowling tersebut kami sekeluarga pergi menjamu selera di sebuah kedai makan ni. Biarlah aku mengelarnya “GOLDEN TRIANGLE” . Sampai jerk at kedai tersebut kami didatangi seorang ‘pelayan lelaki’. Kami pun memesan minuman & makanan. Tapi ape yang membuatkan aku dan kakak ku tidak puas hati apabila ‘pelayan lelaki’ tersebut dengan rasa ‘kurang hornat’ nya mengambil order kami dalam keadaan nak marah2 pula! Datang bulan ke ape? Aku ngan kakakku terus la membebel dan cuba nak mengambil gambar ‘pelayan lelaki’ tersebut. Hanya ini yang paling best la muka dia aku dapat ambil.

Hanya lah untuk membuat aduan sahaje. Mana tidaknya layan customer macam tuh kan. Kalau hensem tak pe la ( huhuhu) geram sangat2!!!! Sangat vunguk orang itu. Di sebabkan ayah aku berborak dengan rakan dia, aku dan yang lain ambil keputusan untuk meronda2 di Bandar segamat sekitar jam 11.00pm. malas nak menatap muka ‘pelayan lelaki’ tersebut.









(dak pelayan yg kerek tuh)

Dalam kereta, aku sekali di ganggu oleh lelaki vunguk!! Deringan phone merantap lamunan ku di dalam kereta. Dengan perasaan yang menyangka itu panggilan dari si dia (sebab dia jer yang tahu number tuh) aku pun mengangkat la panggilan tersebut. Tiba2..

“hoi, emi mana?” kedengaran suara lelaki di hujung talian

Disebabkan nama si dia pun emi, aku menjawablah ,” emi xde”

Suara lelaki tersebut menyoal aku kembali dalam keadaan yang agak tegang ,” dia pergi mane? Balik kampong ke? “

Aku dengan sengalnya menjawab , “ pergilah umah dia,Tanya family dia,xkan xtahu dia gi mana? Ni sape?”

Lelaki tersebut menjawab, “ aku kawan dia, emi mana? Aku cari dia!”

Aku yang dah agak penat menjawab dengan nada marah, “ ko cari emi mana?”

Aku bertanya begitu kerana aku tiba2 teringat bahawa panggilan dia dengan teman2 dia bukanlah EMI

Dan dengan keadaan tegang lagi lelaki tersebut menjauhkan ganggang phonenya dan berkata sesuatu yang lucah, “p***k” dan terus meletakkan panggilan tersebut.

Aku terkejut dengan situasi tersebut terus menghantar pesanan ringkas kepada number tersebut yang berbunyi,

“ hoi ko cari emi mana ha? Ko pk aku xdebgar aper ko cakap tadi? Bongok bodoh sial! Ko tak de tuh yang ko cakap macam tuh kan???? Sengal yang amat!”

Haaa amik kau!! Tetiba nak berlucah2 dengan aku apa pasal? Aku kenal ko pun tidak! Dah ar call tak bagi salam pun, nak main hoi2 jer!

Tak balas pun dia mesej tersebut, tapi aku tak puas hati juga sebenarnya.. siapakah insane tersebut yang hendak berkurang ajar dengan aku??? Masih lagi menjadi pertanyaan di fikiran. Sudahlah di GOLDEN TRIANGLE aku berjumpa dengan pelayan vunguk, lepas tuh dapat panggilan dari orang vunguk lagi. Geram seyh.. dah ar penat , nak kena pulak dengan mamat2 vunguk tuh… isyh!!!1

Akhirnya tepat pukul 12 aku sampai di rumah.. penat + sakit hati, aku bersihkan diri dan terus masuk tidur. Tunggulah nanti bila si dia call aku, aku nak Tanya siapakah gerangan mamat vunguk yang call aku tuh!!!


20 Jun 2010
dah la kusut bosan lak tuh..
so dari memerap dalam umah aku ambl keputusan tok bersiar-siar... terjumpa la dengan satish kumar.. kami pun ber "dating" di taman permain sekolah rendah kebangsaan sri labis.. tapi kami bukan berdua la.. ader azlan dan luqman sekali...
syok juga la borak ngn dyorg.. hilang kusut aku....


21 Jun 2010
hari yang memenatkan... dari pagi sampai petang.. menunggu jer aku kerjanya.. pergi wat medical check up.. wat xray..wat buku akaun..cari kain... aduh penat...aku tak taw nak citer aper pasal hari ni.. banyak sangat menunggu otak aku pun dah tak berfungsi untuk mengingati semuanya hahahaah


malas nak di kusutkan kepala lagi tok menaip huhuhu
* sehari bersama telah di cipta pada 20 jun 2010 cuma tak sempat nak publish post jer heheeh


p/s : thanx 2 facebook sebab dah menemukan aku dengan kengkawan yang akan satu course ngan aku di UPSI nanti.. seb baik la dah berkenalan dahulu heheheehe.. says hello to SHAHIRAHUDA



Older Post | Newer Post