SOYA ENAK DAN SIHAT
Selasa, Jun 15 | 5:51 PTG | 0comments
assalamualaikum...
kacang soya
Disebalik bentuknya yang kecil , kacang soya sebenarnya menyimpan banyak manfaat untuk kesihatan tubuh. Selain harganya yang murah dan mudah diolah dalam pelbagai bentuk dan rupa, kacang soya juga dikatakan amat efektif untuk menjaga tubuh dari beberapa penyakit yang berbahaya.
Kandungan zat besi yang tinggi di dalam soya mampu melindungi tubuh dari anemia. Zat besi ini berfungsi untuk membekalkan oksigen di dalam darah,sehingga setiap sel di dalam tubuh dapat bekerja dengan baik. Selain itu, kacang soya juga mengandungi vitamin B, kalsium, dan magnesium. Jika ia di ambil secara kerap, berkemungkinan untuk terkena penyakit tulang atau gigi rapuh dapat dielakkan.
Memerlukan daging sebagai sumber protein???? Sebenarnya kacang soya yang diolah menjadi tempe,susu soya atau tauhu juga mampu membekalkan khasiat yang sama. Kacang soya sama sekali tidak mengandungi kolesterol,bahkan ia dianggap sebagai pengganti protein yang berkualiti tinggi. Selain itu, kandungan isoflavon yang terdapat di dalam kacang soya juga dikatakan mampu menurunkan kadar kolesterol jahat.
Kesannya? Antara manfaat soya ialah membolehkan seseorang itu terhindar daripada masalah penyempitan pembuluh darah, dan stroke. Perlu kamu tahu! Stroke bukan hanya menyerang mereka yang berumur sahaja, bahkan golongan muda seperti kamu juga tidak akan terlepas daripada masalah ini.
Kacang soya boleh diolah mengikut citarasa kamu. Selain dalam bentuk tempe atau tauhu, kacang soya juga boleh dihasilkan dalam bentuk serbuk atau tepung. Dan ia digunakan sebagai asas untuk proses pembuatan sereal.
Ingin menikmati makanan ringan yang lazat?? Kamu boleh menikmati soya rebus atau sup miso di beberapa restoran Jepun terkemuka. Manakala buat si gadis yang sentiasa ingin tampak ramping dan langsing, susu soya adalah pilihan terbaik! Kandungan kalorinya sangat rendah akan membuatkan kamu berasa ‘selamat’ ketika menikmatinya
tauhu
Makanan yang berasaskan soya boleh menggantikan tenaga yang hilang setelah melakukan aktiviti luar yang lasak!
Soya adalah sahabat paling akrab buat si gadis! Zat isoflavon yang terkandung di dalamnya mempunyai struktur kimia yang sama dengan estrogen. Seperti mana yang kita ketahui, estrogen berperanan sebagai antioksida dalam tubuh. Menyimpan isoflavon di dalam tubuh ternyata menguntungkan! Ia bukan sahaja berfungsi untuk mengurangkan system menopaus didalam tubuh,tetapi juga dapat mengurangkan risiko pertumbuhan sel kanser seperti kanser prostat,payu dara, rahim, dan usus.







