IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN part 3
Ahad, Julai 25 | 11:17 PG | 0comments
satu lagi perkara yang berlaku dalam family aku sejak aku berada di UPSI ni.. agak geram la aku mendengarnya...Manusia oh manusia..
Aku dapat panggilan phone dari along aku.. ermm agak mengaibkan lah kalau nak cerita.. dari cara along aku cerita aku rasa macam rendah sangat taraf keluarga aku kalau nak dibandingkan dengan keluarga “DIA”.. memanglah family aku tak rapat sangat dengan family “DIA”.. kitaorang memang tak ngam lah.. tapi tak ada pula aku dengar family aku memburukkan family dia.. sampaikan nak berjumpa pun “DIA” tak nak.. padahal hari yang sepatutnya “DIA” datang bertandang ke rumah tuh adalah hari yang sama aku dan keluarga aku datang ke rumah tu.. bila jer tuan rumah beritahu yang family aku pun nak stay kat situ terus “DIA” Tanya untuk apa.. dan tuan rumah pun beritahulah yang keluarga aku nak hantar aku ke Tanjung Malim ni..
yang agak menyakitkan hati “DIA” boleh cakap ,” Alhamdulillah, ada juga anak dia yang masuk U”..
bagi orang lain mungkin tak memberi kesan apa-apa lah kan.. tapi bayangkan lah mak aku sendiri yang tahu cerita ni.. korang boleh bayangkan tak apa perasan mak aku masa tuh.. nasib baiklah along aku cerita, bukan mak aku yang cerita kat aku.. aku pun tak tahu lah macam mana reaksi mak aku masa dapat tahu perkara ni.. kalau aku yang baru tahu jer dah sedih kena macam tuh..
aku emosi??? Sapa tak emosi weyh??? Memanglah keluarga aku sederhana jer tapi janganlah nak cakap macam tuh terhadap keluarga aku kan.. YANG PALING AKU EMOSI, “DIA” cakap macam tu macam anak-anak “DIA” pun semua jer yang masuk U.. padahal sama jer macam keluarga aku.. anak “DIA” sorang je yang masuk U, yang lain semua kolej/politeknik.. macam keluarga aku pun memang aku sorang yang masuk U, tapi akak2 aku tak der lah berhenti setakat SPM jer.. ada lah juga diploma walaupun kat kolej/ institute biasa je.. dan akak2 aku pun dah mendapat kerja yang tetap sekarang,yang halal.. padahal anak “DIA” , kerja pun masih kontrak.. bila-bila sahaja boleh di berhentikan.. KENAPA NAK CAKAP FAMILY AKU MACAM TUH???? Aku sendiri tak memahami situasi ni.. memang dari aku kecil , “DIA” selalu membandingkan keputusan aku dengan ank “DIA” (yang sebaya dengan aku) tak di nafikan lah anak dia sambung study kat politeknik afta SPM , padahal aku?? Menyambung pengajian aku di STPM.. aku tak pernah pun nak rasa mengalah pun ngan anak “DIA” tuh sebab aku tak pernah ada perasaan nak bersaing dengan anak “DIA”.. tak membawa makna apa-apa pun pada aku.. memanglah kadang2 bila time dia Tanya “Ana kat mana sekarang?” terasa lah juga aku ni tak pandai kan.. sebab tuh lah aku tak main2 dalam STPM.. memang aku bersungguh2 dalam STPM untuk membanggakan mak ayah aku juga.. ermmm… kalau nak di luahkan.. banyak yang aku geram.. apa-apa pun cukuplah sampai sini.. biarlah apa yang “DIA” nak kata, yang penting sekarang aku tak menyusahkan family aku macam anak “DIA”….!




