//Disini Duniaku
Menghitung Hari
Khamis, Julai 1 | 9:03 PG | 0comments
assalamualaikum..

hari ni dah hari khamis. tinggal lagi sehari jer untuk aku berada di Labis Terchenta ni.. aku pun tak pernah sangka yang aku akan keluar dari Bandar Labis. 20tahun aku tinggal bersama ibu dan ayah , kini akhirnya berpisah jua.Aku beruntung kerana aku pernah mempunyai pengalaman tinggal di asrama, jadi untuk berjauhan sedikit tidak mempunyai masalah.. tapi yang tak seronok nye , aku tinggalkan mereka jauh ke negeri lain. sebelum ni hanya stay kat hostel munshi, itu kira dekat ape hak2.. ermm entahlah macam mana lah aku di negeri orang nanti dan macam mana lah aku apabila bergelar seorang SISWI. takot rasanya nak mengungkap perkataan itu.


Munshi Ibrahim..

banyak kenangan yg ada di sana.. terima kasih kepada guru-guru di Munshi Ibrahim yg sabar melayan kerenah aku di sana selama 7 tahun. terima kasih kepada Cikgu Rosnah yg menjadi peneman aku semasa berada di asrama Munshi.. terima kasih kepada Cikgu Yusof abu, Cikgu Hussin, Cikgu Azijan, Cikgu Nordin,Cikgu Muslimah, Cikgu Puva, Cikgu Yap, Sir Zainalariffin, Teacher Priscilla, Teacher K & Tak di lupa Cikgu Zaini yg telah mengajar aku dan kawan2 selama setahun setengah sehingga aku berjaya menjejakkan kaki di menara gading. bak kata Kak Ecah, itukan impian setiap insan..

UPSI

akhirnya UPSI merupakan destinasi aku yang seterusnya dalam mengejar & mencari ilmu. bolehkah aku berada di sana dengan mengenggam harapan orang tua ku?? hanya masa yang akan menentukan..
aku tak pernah menyangka yang aku akan jadi orang Perak pula selepas ini hua2.. mungkin terlalu obses dengan SHAHIR kot huhu.. PERAK HERE I COME...!

U NEVER WALK ALONE ~(*-^)~

Label:


Older Post | Newer Post