//Disini Duniaku
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAH
Jumaat, Ogos 13 | 9:24 PTG | 0comments
Assalamualaikum...
rasanya tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI DUNIA INI... walaupun rasanya ramai dah tau apa itu puasa,tidak salah untuk aku berkongsi lagi kan..








Puasa

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa." -Surah Al Baqarah, ayat 183

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari 
Abu Hurairah, yang bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."
PENGERTIAN PUASA :
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
PUASA WAJIB : 

Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT :



  • Puasa enam hari pada bulan Syawal 
  • Puasa hari Arafah 
  • Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam 
  • Puasa bulan Syaaban 
  • Puasa Isnin dan Khamis 
  • Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
PUASA MAKRUH : 

Puasa yang terus menerus sepanjang masa. Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq


PUASA HARAM :



  • Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri 
  • Puasa pada hari raya pertama Haji 
  • Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
SYARAT WAJIB PUASA :


  • Berakal 
  • Akhir Baligh (Cukup umur) 
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa
SYARAT SAH PUASA 


  • Islam 
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk) 
  • Suci daripada haid dan nifas 
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.


to be continue......



Older Post | Newer Post