Surat untuk dyer~~
Sabtu, Ogos 28 | 12:53 PG | 2comments
saat ini aku sendiri kebingungan tentang perkara yang aku lakukan.Aku dapat rasakan masalah dyer adalah aku walaupun dyer tidak mahu mengungkapkannya seratus peratus.Maafkan aku kerana mungkin apa yang telah aku lakukan ini mengecewakan dirimu.Kalau boleh aku nak kamu turut membaca warkah ini,tetapi ini bukan kekuatan aku untuk menunjukkannya kepada kamu.SURAT UNTUK DYER~~!
Assalamualaikum..
mungkin kehadiran warkah ini tidak akan membuatkan diri dyer happy tetapi ini hakikat yang perlu dyer tahu..
perkenalan kita cukup indah namun keindahan itu tidak memberikan makna apa-apa kan?? lagipun masa tuh kita dan dyer masing- masing tidak tergolong dalam kumpulan "single" kan? Persahabatan adalah permulaan yang baik pada masa itu. Persahabatan yang erat dan mesra.Kiter amat rindui waktu itu kerana senda gurauan yang tidak berkira tempat.
Namun,masa berlalu,hari berganti minggu,minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun.. akhirnya tersimpul satu perasaan yang diri masing-masing tak dapat nak mengungkapkannya.Tidak pasti sama ada masing-masing memendam perasaan ataupun bertepuk sebelah tangan. Waktu itu hanya ALLAH sahaja yang mengetahui hakikat sebenarnya. tetapi perhalangan ke arah perhubungan itu hanya satu "saya dan awak adalah milik seseorang"..
Terhenti satu perasaan yang suci itu.
Hari demi hari berlalu.. keajaiban berlaku apabila kita masing-masing ditakdirkan tidak memunyai hubungan dengan mana-mana pihak, namun akal kita masih menafikan perasaan sendiri apabila kita berdua hanya membisu seribu makna.Persahabatan dan kemesraan antara kita mulai goyah hingga saya merasakan bahawa awak cuba melarikan diri dari saya. Akhirnya hanya kebisuan yang melanda diri tanpa sebarang kenyataan.
masa berlalu, saya menemui cinta hati saya semula. namun hal ini tidak di ceritakan pada awak kerana waktu itu kita seperti orang asing. Sehinggalah segalanya tamat kita tetap menjadi asing antara satu sama lain. Setelah beberapa lama ditelan masa, keakraban antara kita menjelma kembali dan hingga saat ini ianya tetap erat. Sekali lagi keakraban kita di uji setelah awak tahu "status" saya sebenarnya. Sejak itu awak kembali menyepi..
dan sekarang awak mengadu kepada saya yang awak ada masalah tetapi awak tak nak cerita pada saya kerana belum bersedia. Saya mungkin lampi tetapi saya mempunyai satu naluri yang kuat untuk mentafsirkan semuanya. Saya tak kisah kalau awak tak nak beritahu saya tentang masalah itu tetapi jika benar masalah itu adalah berkenaan saya, saya mohon maaf. Saya sendiri tidak menginginakan perkara ini terjadi.
Bukan saya tidak mahu memberi awak kesempatan dan bukan saya sengaja menghukum awak. Saya akui awak baik tetapi mungkin ini bukan yang terbaik untuk kita. Saya pernah memberi kesempatan kepada awak untuk meluahkan segalanya namun awak mempersia-siakan kesempatan itu. dan sekarang tolong jangan buat saya rasa bersalah dengan apa yang terjadi. ini bukan kemahuan saya. Saya dah penat menunggu dengan kepura-puraan awak dan bila saya longlai dengan permainan awak, saya membuat keputusan untuk melangkah pergi namun saya tetap menyimpan makna persahabatan antara saya dan awak. Dan kini tolong jangan membuatkan saya keliru dengan perasaan saya lagi. Mungkin apa yang terjadi ada hikmah di sebalik semua ini.
saya hanya ingin katakan bahawa saya sentiasa mendoakan kebahagiaan awak.Semoga awak berjumpa dengan wanita yang lebih baik dari saya dan saya sentiasa ade untuk awak luahkan masalah awak.
Persahabatan itu suci, biarlah persahabatan antara kita tetap berakhir dengan persahabatan~~
seikhlas hati
KiTeR
Haha boleh tak kalau aq sesaja nak tulis macam ni untuk entry kali ni??? sebab aku tension sangat ngan assigment ni.. jadi aku pun pura2 xder keje untuk post entry kali neyh hehehe peace no war ok (*_^)
wasalam..



