//Disini Duniaku
Hari yang semakin mencabar~~
Selasa, Oktober 19 | 1:02 PG | 0comments
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...
posted by~ sayuri hana
selasa 19/10/10


astaghfirullah hal azim.. sesuatu yang amat aku tidak menyangka akan terjadi.. pertama kali dalam hidup aku bila terpaksa menghadapi keadaan seperti ini.. hanya doa ku pohan kepada tuhan supaya memperkuatkan semangat diri aku dan minta dijauhkan dari segala kemungkinan.. amin..


amat mengejutkan apabila untuk pertama kalinya aku berhadapan dengan situasi orang yang mengalami histeria.. untuk pertama kalinya selepas beberapa bulan aku mendiami Kolej Ungku Omar ini.. allah akhbar.. sebetulnya aku tidak ingin mendengarkan ini semua kerana aku merasakan sejak akhir-akhir ini semangat aku agak kurang. aku sendiri tidak tahu mengapa.. padahal bukan aku tidak pernah duduk di hostel.. tetapi sejak beberapa minggu sebelum pulang bercuti ini... aku sendiri tidak tahu macam mana mahu nengungkaikannya..


17/10/10.. aq mengalami kepanasan badan (demam) ..aku sendiri pelik kenapa aku boleh demam.. ini kali pertama aku sakit sejak aku berada di UPSI.. memang seharian aku xboleh bangun.. aku mula kena demam ni seawal 5 pagi.. sebelum tuh malamnya memang aku keluar dengan membe-membe aku ke pesta konvo yang berlangsung di Kampus UPSI... malamnya setelah aku berasa agak lega, aku mengajak hudha,aisy dan shida menemaniku "bersarap" (dek kerana aku tak makan dari pagi heheehe) setelah pulang dari "bersarap" aku stay dalam bilik.. dan room8 aq sedang bersiap untuk keluar..


tiba-tiba..
kami mendengar suara jeritan yang aku rasakan ianya hanya berlaku disebelah rumah aku.. kami fikirkan bahawa ianya adalah sikap budak2 ni yang hanya bermain.. tapi .. kami mendengarnya lagi sekali.. aku hanya memandang room8 aku..


setelah room8 aku keluar.. aku melayan laptop aq sendirian.. dan tiba-tiba jeritan tadi semakin kuat dan berterusan.. aku terus berdiri dan hendak keluar bilik.. tetapi pintu bilik aku dikuak dari luar dan Lye masuk ke bilik aku terus memegang tangan aku.. kami menjadi ketakutan..jeritan itu berterusan hingga pukul 11 malam..


kami satu rumah sepakat untuk tido ramai-ramai dalam satu bilik hingga ke pagi...


* ader cerita yang aku dah potong kerana xmahu menulisnya (agak takutnyer)...


kenapalah semakin mencabar kehidupan aku disini ya allah..

Label:


Older Post | Newer Post