Perempuan belanja Lelaki??! wajar kah??
Jumaat, November 19 | 1:29 PG | 0comments
Bismillahirrahmannirrahim...Assalamualaikum w.b.t...
posted by~SAyUrI HaNa
Jumaat 19 November 2010
sementara menunggu kedatangan "seseorang" itu ,aku lebih banyak abiskan masa berborak dengan dia.. mana tak nya..bukan selalu dapat "ngedate" sama2.. tak lama lepas itu, "seseorang" itu pun sampai ditemani kawannya juga.. aku lebih banyak mendiamkan diri dari berkata2..
hampir setengah jam berlalu..dia perlu beredar kerana sudah tiba masa kerjanya.. dalam sibuk berkata2, aku terdengar "seseorang" itu menanyakan kepada membe aku.."awak belanja saya kan??".. erkkk dalam hati kecil aku berkata,setahu aku "seseorang" itu yang mengajak membe aku jumpa tapi...... huhu aku hanya tersenyum... aku dan dia meninggalkan mereka dan menuju ke "counter"..selepas membuat pembayaran kawan kepada "seseorang" bersuara,"eh yang ni dah bayar kan??".. hanya kata2 mengiyakan keluar dari mulut membe aku...
bagi aku bukanlah nak menunjukkan bahawa setiap kali keluar dengan lelaki,kita kaum hawa yang perlu membayar segala yang dibeli/dimakan/ dan sewaktu dengannya...tapi sebagai seorang lelaki, aku rasa tidak sepatutnya perempuan yang mengeluarkan duit apabila keluar bersama... bukanlah nak menunjukkan kaum wanita ini "mata duitan" *mengharapkan duit lelaki sahaja yang keluar* ..tapi fikirlah..bukankah dalam apa2 jua keadaan pun,lelaki itu perlindung wanita?? jadi mengapa wanita pula yang perlu "support" lelaki..ini pada pandangan aku lah..tidak tahu bagi yang lain..
Alhamdulillah bagi aku..setakat tiga tahun aku dengan Mr.Garfield..aku xpernah mengeluarkan duit makan dan yang lain *kecuali barang2 peribadi & hadiah untuk dia* ..kebanyakan perjumpaan mesti Mr.Garfield yang keluarkan duit..kadang2 aku rasa takut jugak..ye lah.. takut terhutang budi lak kang.. tapi bagi beliau, beliau tak suka kalau perempuan yang belanja beliau..rasa macam tercabar je.. itulah sikap Mr.Garfield aku hehehe.. kalau aku belanja dia *ekspecially topup* pun dia akan bayar balik duit aku tuh.. ermmm bagus dapat pakwe cam ni huhuhu tapi takut terungkit pulak perkara macam ni nanti......!!
ReNuNg2 KaN dAn sELamaT BeRAMaL..!
YoU NeVeR WaLk aLoNE~(*_^)~
Label: NoTeS 4 uS





