Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha
Khamis, November 18 | 12:50 PG | 1comments
Bismillahirrahmannirrahim..Assalamualaikum w.b.t...
posted by~ SaYuRi hAna
Khamis 18 November 2010
Hari Raya Korban...
17 November 2010...
Hari ini merupakan hari raya korban yang ke-20 bagi aku (sejak aku dilahirkan di muka bumi ciptaan tuhan ini)... Alhamdulillah..selamat aku menjalani ibadah korban yang ke-20..walaupun aku tidaklah melihat sendiri lembu dikorbankan..tetapi kadang2 aku rasa terharu juga melihat korban tersebut..sedih kan dikorbankan dan rasa sayu jer bagi lembu tersebut hehehe... takut gak bila tengok parang diletakkan di leher lembu rasa macam berada dileher aku jer...isyh..teringat pulak kes sembelih orang yang pernah berlaku di Malaysia ni..ngeri!!!!
Haaa seperti biasa lah kan..tidak kira musim raya puasa mahupun raya korban..pasti menu utama ialah ketupat, Rendang ayam,kari daging,sambal kacang dan sayur campur.. kebiasaannya macam tu la kan..kali ni untuk raya haji ini, mak aku buat kelainan sikit apabila dia tidak menyediakan ketupat ataupun rendang ayam tetapi dia telah menyediakan periuk kera bersama rendang itik.. wahaha first time raya aku makan macam ni..biasanya periuk kera akan dimasak pada raya ketiga/keempat ..manakala rendang itik memang aku tak pernah rasa.... sedap wooooo!!!
![]()  | 
| hehe ni lah bentuk periuk kera... dalamnya akan diletak pulut... | 
![]()  | 
| besar daripada kepak ayam nih hehehe... | 
SeLaMAt mEnYaMbUt hArI rAyA EiDuLaDha!!!!
u never walk alone ~(*_^)~
Label: SaMbUtAn









