Semester 1 Sesi 2010/2011 (4Julai - 4Disember 2010)
Bismillahhirrahmannirrahim...
Alhamdulillah..diam xdiam hari ni dah 5bulan aku berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan tamat sudah semester pertama aku .. tadi pula adalah paper exam aku yang terakhir dan selepas habis paper, family aku pun tiba di Tanjung Malim untuk menjemputku.. hehe terpaksalah susahkan dyorang sebab aku terpaksa mengangkut semua barang2 aku pulang..sebahagian barang telah ku simpan dirumah keluarga Luffy (membe along).. tepat jam 5 petang aku berangkat pulang dari TM ke Labis..dan aku telah sampai dirumah pada jam 10.00pm..Agak penat juga perjalanan aku ni... 
Cerita sedikit sepanjang semester pertama aku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).. aku telah mendaftarkan diri di UPSI pada 04 Julai 2010..setelah selesai dengan semua pendaftaran dan pembayaran, aku telah ditempatkan di Kolej Ungku Omar (berada di sempadan Selangor & Perak).. dalam masa seminngu aku dalam Minggu Suai Kenal (MSK) ,aku dapat mengenali ramai kenalan tidak kira sama jurusan mahupun bukan.. Selain itu,aku dapat gak mengenali kakak2 dan abg2 Seketeriat Minggu Suai Kenal (SMS) yang baik2 belaka ;)... 
  | 
| Pengesahan sebagai warga UPSI ;) | 
  | 
| Kenalan pertama aku dari jurusan yang sama AT20 | 
 
  | 
| Geng2 masa MSK.. | 
  | 
| Abg2 dan kakak2 SMS... | 
  | 
| Aktiviti LDK AT20 | 
Aku dapatlah Housemate yang gila2 macam aku gak hehehe Lye & Fieza...
Selesai seminggu MSK ,aku mula didedahkan dengan dunia siswi di UPSI ..Kuliah pertama aku adalah di DKH (Dewan Kuliah H) .. agak terpinga3 juga lah masa cari dewan ni...Opps terlupa pula..sebelum aku melangkah kaki di UPSI ,aku telah mengenali kenalan dari Sarawak, Farhana Shahirah dan juga dari Batu Pahat,Johor,Siti Nurulhuda... dan tidak disangka juga yang kami ini satu group kuliah... Antara mereka berdua,aku lebih rapat dengan huda disebabkan kami satu kolej.. Mulai saat itu juga aku mula mengenali Shahida Ismail & Siti Saudah... Kami sering ke kelas bersama-sama..
  | 
| Odah,Huda,Shida & Hana | 
Sebulan berlalu.. Aku mula mengenali Azuanna dan Nabilah .. kami mengenali apabila berada dalam satu group yang sama semasa subjek Wacana akademik .. Bermulah pada waktu itulah kami berenam adalah geng hehehe...
  | 
| Kami.... | 
  | 
| Always Together... | 
Sejak kami rapat, kemana sahaja pergi pasti kami bersama.. bak kata orang susah nak dipisahkan bagai isi dan kulit huhu... Kami akan selebrate besday setiap membe kami.. membe pertama yang kami selebrate adalah Huda dan yang kedua adalah aku ... yang lain tunggu tahun depan lah ek.. biasalah sape suh besday korang dah lepas heheh jangan marah... 
  | 
| Huda Herminy | 
  | 
| Aku | 
Dalam banayk2 subjek.. aku paling suka waktu Wacana dan Olahraga.. hehe adalah sebab2 tertentu dan selain itu,waktu2 ni jer yang boleh menunjukkan kegilaan kami...
 
  | 
| Olahraga with our Leader ~Cester~ | 
  | 
| Wacana with our lovely letchurer ~Puan Saliza~ | 
Berada di Kolej Ungku Omar (KUO) aq telah mendapat peluang untuk menjadi salah seorang Rakan Exco Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Penerbitan Dan Informasi (RE JMK PDI)  agak rumit juga rupanay tugasan ni..itulah dulu gatal2 g minta temuduga kan..padan muka aku hahahah...
  | 
| With RE PDI | 
Boleh dikatakan sepanjang aku berada di UPSI ini segala macam pahit dan manis telah aku laui.. Inilah kenangan terindah yang aku lalui sepanjang satu penggal ini... dan hobi aku yang suka menangkap gambar semakin menjadi2 sejak di UPSI .. lebih2 lagi aku bertemu dengan sahabat yang memang satu kepala habis dengan aku.. love you all...
  | 
| Sweet memory.. | 
Sekian sahaja untuk entry kali ini.. kalau aku nak cerita semuanya mahu tak habis entry kali ini .. segala memory takkan pudar dari ingatan.. sebelum berakhir gambar dibawah ini adalah gambar kami bersama Mr Liaw Larr (nama sebenar dirahsiakan) ..  kami memang suka kaco Mr Liaw ni.. sebab dy baik sgt dan cute hahaha.. Jangan marah yerkk Liaw!!!
  | 
| With Sabahan bha!!! | 
You never walk alone ~(*_^)~
Label: sweet memory
Older Post   | Newer Post