//Disini Duniaku
Lepas Khawin ^^!
Sabtu, Januari 15 | 5:39 PTG | 0comments
Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum w.b.t..
Posted by ~ SaYuRi hanA



Aku agak kebosanan sejak akhir2 ini ,maka dengan itu [cewah ayat] aku pun melakukan FB Walking..dalam perjalanan aku dari satu Fb ke satu Fb yang lain aku terjumpa satu note yang berbunyi "Ayat-ayat power lepas kawin" ..Rasanya tak salah aku nak berkongsi , kan hehehe...



Baiklah ayat pertama adalah ayat yang diungkapkan oleh si suami sebelum tido:

Bagi 6 minggu Pertama selepas Khawin: "Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh."
Selepas 6 bulan Perkhawinan: "Tolong matikan lampu tu, silau aah."
Setelah 6 tahun perkhawinan : "Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!"

ayat kedua adalah ayat yang diungkapkan oleh si suami semasa hendak menggunakan tandas: 

Bagi 6 minggu Pertama selepas Khawin:: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
Selepas 6 bulan Perkhawinan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?
Setelah 6 tahun perkhawinan : Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!

ayat ketiga adalah ayat yang diungkapkan oleh si suami semasa hendak membalas sms:
Bagi 6 minggu Pertama selepas Khawin: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
Selepas 6 bulan Perkhawinan: Trafik jam aah
Setelah 6 tahun perkhawinan : K..

ayat keempat adalah ayat yang diungkapkan oleh si suami semasa  dating:
Bagi 6 minggu Pertama selepas Khawin: I love U, I love U, I love U.
Selepas 6 bulan Perkhawinan: Of course I love U.
Setelah 6 tahun perkhawinan : Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

ayat kelima adalah ayat yang diungkapkan oleh si suami semasa Pulang dari kerja: selepas Khawin: Sayaaang, I dah balik nih...
Bagi 6 minggu Pertama
Selepas 6 bulan Perkhawinan: I'm BACK!!
Setelah 6 tahun perkhawinan : Masak apa hari ini??

ayat keenam adalah ayat yang diungkapkan oleh si suami semasa hendak membelikan hadiah:
Bagi 6 minggu Pertama selepas Khawin: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
Selepas 6 bulan Perkhawinan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
Setelah 6 tahun perkhawinan : pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.

ayat ketujuh adalah ayat yang diungkapkan oleh si suami semasa ada panggilan phone:
Bagi 6 minggu Pertama selepas Khawin: Baby, ada org call u nih..
Selepas 6 bulan Perkhawinan:Eh... Your call...
Setelah 6 tahun perkhawinan : WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

ayat kelapan adalah ayat yang diungkapkan oleh si suami semasa hendak menjamu selera:
Bagi 6 minggu Pertama selepas Khawin: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
Selepas 6 bulan Perkhawinan: Kita makan apa malam ini??
Setelah 6 tahun perkhawinan : HAH!! LAUK INI LAGI?

ayat kesembilan adalah ayat yang diungkapkan oleh si suami semasa hendak memaafkan:
Bagi 6 minggu Pertama selepas Khawin: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
Selepas 6 bulan Perkhawinan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
Setelah 6 tahun perkhawinan : Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!

ayat kesepuluh adalah ayat yang diungkapkan oleh si suami semasa hendak Beli baju:
Bagi 6 minggu Pertama selepas Khawin: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
Selepas 6 bulan Perkhawinan: Lah... Beli baju baru lagi?
Setelah 6 tahun perkhawinan : DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

ayat kesebelas adalah ayat yang diungkapkan oleh si suami semasa hendak merancang percutian:
Bagi 6 minggu Pertama selepas Khawin: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
Selepas 6 bulan Perkhawinan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
Setelah 6 tahun perkhawinan : JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

ayat kedua belas adalah ayat yang diungkapkan oleh si suami semasa menonton TV:
Bagi 6 minggu Pertama selepas Khawin: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
Selepas 6 bulan Perkhawinan: Sekejap eh, citer bagus ah.
Setelah 6 tahun perkhawinan : JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??

p/s: betul ke cmni?? ish hopefully kita semua tak mengalami situasi seperti diatas okeyh!!(*_*)

You Never walk alone ~(*_^)~

Label:


Older Post | Newer Post