//Disini Duniaku
Kekeliruan:apa ada dengan dyer?????
Jumaat, April 29 | 1:15 PG | 0comments
Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum w.b.t..
Posted by ~ SaYuRi hanA


dah pagi tapi mata xnak tido...
cibuk menyiapkan final projek..
wahhh dah nak last exam pun kena hanta kerja lagi huhu...
sambilwat kerja SH pun jalan2 [blogwalking]
dan tetiba SH ternampak satu entry mengenai ADIRA DAN HAFIZ...
Tak taulah kalau SH ni yang ketinggalan sebab SH memang xbaca akhbar dan tengok tv pun hehehe...


Ya ampun betul ker mereka bercinta...
SH ni antara percaya atau tak jer....
tapi kalau betul pun apa salahnya... hehe..
SH doakan kebahagiaan mereka...
nak tahu kisah lagi lanjut...
boleh klik -->   Pengakuan Mereka....


Sedikit story tentang mereka...



PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 21, mendedahkan sedang hangat bercinta dengan penyanyi Adira (AF8) sejak lima bulan lalu.
Hafiz berkata, pendedahan itu bukan untuk mendapatkan publisiti murah sebaliknya bagi menjelaskan tanggapan serong sesetengah pihak sebelum ini yang mendakwa Adira menjalinkan cinta sejenis.
"Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami. Malah, ketika Adira 'diserang' gosip yang mendakwanya menjalin hubungan songsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar dan masih mampu mengunci mulut.
"Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan.
"Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira di mata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya," katan Hafiz dalam satu pertemuan bersama mStar Online.
Bercerita tentang hubungan yang terjalin secara tersembunyi selama lima bulan itu, Hafiz mengakui sudah lama menaruh hati kepada gadis kelahiran Ranau, Sabah itu.
"Sebenarnya saya sudah menyimpan perasaan pada Adira sejak dia AF8 lagi. Cuma, ketika itu kami mempunyai pasangan masing-masing.
"Kebetulan pula ketika saya sedih selepas putus cinta pada penghujung tahun lalu, Adira muncul memberikan semangat. Lama-kelamaan, keserasian kami itu bertukar menjadi perasaan sayang pula,” katanya.
Sementara itu, Adira yang dihubungi mengakui intim dengan penyanyi lagu Awan Nano itu sejak lima bulan yang lalu.
"Memang saya menjalin hubungan dengan Hafiz sejak lima bulan yang lalu. Malah, hubungan kami diketahui oleh kedua-dua belah keluarga.
"Bagaimanapun, kami tidak mahu menghebohkan hal ini. Saya harap cerita ini tidak diperbesarkan dan semua pihak menghormati ruang privasi saya," katanya.
Apabila ditanya tentang impak dan penerimaan keluarganya terhadap gosip yang mendakwa dia mengamalkan hubungan songsang, Adira berkata: "Sebagai orang baru dalam industri ini, saya terlalu kerdil untuk mempertahankan diri daripada gosip sedemikian.
"Yang penting, keluarga sangat mengenali saya dan mengetahui cerita sebenar. Bagi saya, dengan berdiam diri saja segala fitnah yang dilemparkan itu akan lenyap dengan sendirinya."
Pengakuan eksklusif hubungan mereka ini sekali gus turut menangkis gosip hubungan Adira dengan juara AF8, Shahir.
Terbaru, Aidra dan Hafiz dikhabarkan akan berduet untuk lagu tema filem Ombak Rinduarahan Osman Ali yang dijangka ditayangkan hujung tahun ini.



ermmm yang menjadi persoalan dehearty SH pulak...
macam mana gosip adira dengan SHAHIR??????
heheheheh 




tersenyum lebar yerk SH ni keh2...main2 jer lah...
You Never walk alone ~(*_^)~

Label:


Older Post | Newer Post